Anda di sini

Kesinambungan agenda pembangunan kerajaan bawa banyak perubahan kepada Sarawak

Advertisement

KUCHING: Kesinambu-ngan agenda pembangunan di bawah pentadbiran kerajaan membawa banyak perubahan kepada negeri Sarawak.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata mandat yang diperoleh pasti membolehkan kelangsungan pembangunan berterusan terutama di luar bandar dapat dilaksanakan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan setiap transformasi dirancang dapat dilakukan di setiap pelosok negeri.

“Dengan ini, semua kemudahan dan faedah serta kebaikan hasil pembangunan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negeri.

“Oleh itu dengan kestabilan politik Sarawak sedia ada berjaya mengangkat negeri ini ke satu tahap yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Program Mesra Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Gita 2 di sini, semalam yang turut dihadiri Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Fazzrudin Abdul Rahman.

Katanya kelangsungan legasi pembangunan dan perubahan kini disambung oleh Adenan bagi meneruskan dasar-dasar negeri ini.

Annuar berkata ternyata impian Sarawak sebagai ne-geri membangun kini telah tercapai dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dikecapi.

Menurutnya, kerajaan sanggup berbelanja besar bagi memastikan kelangsungan pembangunan Sarawak se- iring dengan negeri lain.

Terdahulu, Fazzrudin dalam ucapannya berkata akan meneruskan pemban-gunan yang dibawa di kawa-san Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

Sementara itu Annuar turut menyempurnakan penye-rahan beg kepada 200 murid daripada empat sekolah termasuk SK Gita, SK Gita 2, SK Rakyat Tupong dan SK Petra Jaya.

Advertisement