Anda di sini

DAP putar belit kejayaan mansuh tol Jambatan Lanang

Advertisement

SIBU: Calon langsung Barisan Nasional (BN) kerusi Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, penduduk Sibu harus diberikan kredit atas usaha kerajaan memansuhkan tol Jambatan Lanang.

Beliau berkata ini kerana usaha itu bukan dilakukan sendiri oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Yap Hoi Liong yang juga calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerusi Dudong.

“Jika ia bukan disebabkan usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Dato Sri Wong Soon Koh, mungkin hari ini ramai masih perlu membayar tol menggunakan jambatan itu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pusat Gerakan BN Dudong, semalam.

Tiong berkata demikian merujuk kepada ucapan Yap pada ceramah DAP yang diadakan baru-baru ini apabila Yap berulang kali mendakwa beliau perlu diberi kredit atas pemansuhan bayaran tol Jambatan Lanang.

Sementara itu, Tiong juga membidas Yap kerana jahil apabila Yap bercakap tentang Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mendapat per-untukan daripada kerajaan negeri.

“Beliau tidak tahu prosedur bagaimana untuk mendapat-kan peruntukan daripada kerajaan negeri atau persekutuan,” katanya.

Tiong berkata parti pembangkang hanya tahu bagai-mana untuk mengelirukan rakyat dan kemudian meraih undi.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan perlu melihat jauh kerana hanya BN mampu membawa pembangunan kepada mereka.

Mengenai peluangnya di Dudong, Tiong mengakui bahawa ia akan menjadi satu perjuangan yang sukar.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk merampas kembali kerusi itu untuk BN,” katanya.

Tiong terlibat dalam pertarungan lima penjuru dengan bekas Timbalan Pengerusi SUPP Dudong Dato Sri Benny Lee yang bertanding sebagai calon Bebas, Mary Ting (STAR), Yap Hoi Liong (DAP) dan Casper Kayong Umping (Bebas).

Ketika ditanya sama ada bertanding sebagai calon langsung BN akan memberi kesan kepada peluang kemenangan beliau, Tiong enggan membuat spekulasi mengenai itu tetapi menambah bahawa pengundi di kawasan itu tahu tentang sebab-sebabnya dan mereka harus di belakangnya.

Beliau juga berharap SUPP akan mengambil tindakan terhadap Lee kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan itu.

Mengenai isu tebusan, Tiong mengakui bahawa ia adalah sensitif dan sekali lagi, beliau mengingatkan ahli-ahli keluarga amngsa bertenang dan tidak emosional.

Katanya beliau telah ber-usaha keras membantu ahli-ahli keluarga mangsa dalam mendapatkan dana untuk memenuhi permintaan wang tebusan.

“Oleh kerana ini adalah masa pilihan raya, ia tidak betul untuk kita pergi ke tempat terbuka.

“Kita harus melalui saluran yang betul dan kerana ini melibatkan keselamatan empat tebusan, kita perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengendalikannya,” katanya dan berulang kali berikrar mencari jalan untuk membantu keluarga.

Advertisement