Anda di sini

Tugas berat menanti Sarawak

Advertisement

 Gilmar tidak beraksi menentang JDT malam ini akibat kecederaan.

CEDERA: Gilmar tidak beraksi menentang JDT malam ini
akibat kecederaan.

KUCHING: Tugas berat menanti Sarawak apabila berdepan pasukan tersohor, Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman lawan – Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Ini kerana, skuad Ngap Sayot kehilangan penyerang import, Gilmar Da Silva.

Pengendalinya, Datuk K Rajagobal memberitahu bahawa Gilmar terpaksa direhatkan kerana masih belum sembuh daripada kecederaan ketika perlawanan menentang T-Team di Kuching tempoh hari.

“Gilmar tidak dapat beraksi esok (malam ini) kerana masih belum sembuh sepenuhnya,” katatanya ketika dihubungi semalam.

Mengakui ketiadaan penyerang kelahiran Brazil itu sedikit menggugat percaturannya, Rajagobal tetap menaruh harapan terhadap gandingan Makeche Ndumba, Shahrul Azwari Ibrahim dan Junior Aparecido mampu merobek gawang JDT.

Selain itu, tiga pemain Piala Presiden Sarawak iaitu Tommy Mawat, Nur Shamie Iszuan dan Rodney Celvin Akwensivie (Bonai) juga dipanggil untuk menguatkan skuad Bujang Senang malam ini.

Mengulas pertemuan tersebut, Rajagobal tidak menolak peluang Sarawak untuk mengejutkan skuad Harimau Selatan itu sambil mengharapkan semua pemain tidak mudah mengalah dengan pasukan pasukan lawan.

“Kita sedar situasi semasa skuad Sarawak namun bukan alasan buat pemain-pemain kita gagal mempamerkan persembahan menarik.

Apa yang penting kita turun dengan keyakinan tinggi dan tidak takut berdepan pemain – pemain lawan.

“Saya tetap menaruh harapan terhadap semua pemain membawa pulang keputusan yang positif sekurangkurangnya tidak mengalami kekalahan,” katanya.

Beliau juga menegaskan kepada semua pemain agar sentiasa fokus mengekang pergerakan barisan penye r ang JDT yang dibayangi pemain-pemain berpengalaman dan berkualiti.

Sarawak ketika ini berada di tangga ke-10 liga dengan mengumpul lima mata hasil daripada tujuh perlawanan.

 

 

Advertisement