Anda di sini

Starmanok juara Sibu Futsal5v5

Advertisement
 Pasukan Starmanok sekali lagi muncul juara Sibu Futsal5v5 Season B.

UNGGUL: Pasukan Starmanok sekali lagi muncul juara Sibu Futsal5v5 Season B.

KUCHING: Pasukan Starmanok muncul juara Sibu Futsal5v5 Season B yang berlangsung di Stadium Bukit Lima, Sibu pada 16 dan 17 April lalu.

Turun selaku juara bertahan piala pusingan Futsal5v5 untuk zon tengah Sarawak tahun lalu, Starmanok sekali lagi cemerlang apabila berjaya membenam Sibu Jaya dengan 2-0 dalam aksi final.

Tempat ketiga bersama dirangkul Gingafanz FT dan SJ Team.

Kemenangan itu membolehkan Starmanok membawa pulang piala, pingat dan wang tunai.

Selain kejuaraan utama, Starmanok turut merangkul dua anugerah khas selepas dua pemainnya dinobat Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik menerusi Abang Mohamad Hazim dan Muhd Shafiq Irfan.

Anugerah Penjaring Terbanyak dirangkul pemain Sibu Jaya, Mohd Hisyam Afifi manakala Pasukan Terbaik digondol oleh Gingafanz FT.

Ke johanan seterusnya akan berlangsung di Bandaraya Miri pada 23 dan 24 April ini.

 

 

Advertisement