Anda di sini

Mohd Chee harap dapat mengubah wajah Kabong

Advertisement

Pembangunan adalah agenda utama anak kelahiran Kabong ini apabila memenangi kerusi berkenaan kelak

// Oleh Clare Cinderella //

MIRI: Bakal calon Barisan Nasional (BN) yang me-wakili PBB bagi kerusi N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir berharap dapat mengubah wajah konstituensi yang baharu diwujudkan melalui persempadanan semula itu, dengan menyediakan lebih banyak kemudahan dan insfrastruktur utama.

Katanya dalam pasukan Adenan, beliau akan berusaha memperlengkapkan kawasan luar bandar seperti Kabong dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan adalah agenda utama beliau apabila memenangi kerusi berkenaan di bawah tiket BN kelak.

Mohd Chee yang kini sudah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai timbalan datuk bandar di Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan lebih 20 tahun berkhidmat sebagai bendahari serta setiausaha PBB Bahagian Senadin, me-nyatakan bahawa beliau akan melengkapkan pencapaian yang diperolehi Kabong ketika ini.

“Apa yang pasti saya akan berusaha membawa pembangunan yang dapat membawa manfaat kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Apa yang saya perlu sekarang ialah sokongan padu daripada semua pihak, khususnya daripada golongan nelayan dan petani untuk merealisasikan matlamat pembangunan ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Mohd Chee lagi, ketika ini konstituensi ber-kenaan mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya tetapi ia perlu diperbaiki bagi meningkatkan tekanan air yang rendah dan jalan masuk ke kampung-kampung berkenaan.

Katanya Kabong adalah kawasan luar bandar dengan majoriti penduduknya ialah golongan nelayan serta petani dan kerusi baharu yang diwujudkan hasil persempadanan semula dari kawasan DUN Kalaka, merupakan kampung halaman beliau sendiri.

Katanya ia menjadikan beliau bersemangat mahu membangunkannya kerana amat mengenali keperluan penduduk di kawasan tersebut termasuk pada masa depan.

Malah pengalaman beliau berkhidmat bersama MBM sebagai badan pelaksana dan pembuat polisi ke arah pembangunan bandar raya Miri bersama sokongan PBB di peringkat akar umbi dan pemimpin parti itu, akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membangunkan kawasan luar bandar tersebut menjadi salah sebuah kawasan yang bakal meniti arus perdana pembangunan negeri ini kelak.

Ketika ditanya mengenai penerimaan di peringkat akar umbi di kawasan Kabong, Mohd Chee berkata beliau amat mengalu-alukan idea yang membina dan penduduk perlu membawa isu yang wajar diberi perhatian kepada beliau untuk diketengahkan kepada pihak atau agensi berkaitan bagi tindakan sewajarnya.

Katanya Kabong mempunyai kumpulan pengundi majoriti kaum Melayu yang membentuk 65 peratus, Iban 25 peratus dan selebihnya adalah kaum-kaum lain.

Sementara itu, warga Miri amat mengenali Mohd Chee sebagai peguam sivil dan pe-guam syarie yang amat disegani di sini, turut mengalu-alukan pencalonan beliau di kerusi kampung kelahirannya.

Ramai bersetuju dengan pe-milihan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem itu kerana Mohd Chee yang berpengalaman luas amat diperlukan dalam Pasukan Adenan untuk membentuk barisan yang mantap dalam pentadbiran Adenan, jika BN menang PRN kelak dan kembali memerintah Sarawak.

Advertisement