Anda di sini

Menantu lapor polis syaki rumah mentua sengaja dibakar

Advertisement

LIMBANG: Seorang menantu lelaki membuat laporan polis sebaik dimaklum rumah papan setingkat milik mentuanya yang tiada penghuni sejak tiga tahun lepas ditemui terbakar di Kampung Ulak Hulu  malam Sabtu lepas.

Mangsa 23, dari Kampung Meritam menerima panggilan telefon daripada sepupunya sekitar jam 8 malam memaklum rumah mentuanya hangus disyaki dibakar orang.

Ketua Polis Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau menjelaskan hasil maklumat yang diperolehi, dua suspek berusia 30 tahun dari Kampung Telahak  dan 21 tahun dari Kampung Ulak ditahan bagi membantu siasatan.

Setakat ini beliau mendedahkan belum menemui kesan atau penemuan barang-barang disyaki khianat.

“Kejadian itu juga menyebabkan mereka kerugian RM20,000.

Mengulas lanjut katanya rumah tempat kejadian telah lama di tinggalkan ibu mentua mangsa yang balik menetap di Brunei lebih tiga tahun lepas.

Kes berkenaan katanya akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Khianat Dengan Api).

Advertisement