Anda di sini

Wong keluar DAP kecewa dengan pucuk pimpinan

Advertisement
 Wong menunjukkan kepada media surat peletakan jawatan dan ahli DAP berkuat kuasa semalam.

KELUAR PARTI: Wong menunjukkan kepada media surat peletakan jawatan dan ahli DAP berkuat kuasa semalam.

SARIKEI: Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarikei Wong Chin King mengumumkan meletak semua jawatan dalam parti dan sebagai ahli DAP berkuat kuasa semalam (12 April).

Katanya tindakan tersebut diambil atas beberapa alasan yang membabitkan ketidakpuasan hati terhadap corak pentadbiran parti yang dijalankan oleh segelintir pucuk kepimpinannya.

“Keputusan ini amat sukar untuk saya namun terpaksa dilakukan kerana saya sudah hilang keyakinan terhadap segelitir pemimpin DAP Sarawak dan Sarikei yang tidak profesional menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya sedih kerana segelintir pemimpin DAP Sarawak dan Sarikei gagal memegang prinsip utama perjuangan parti. Tindakan golongan ini jelas menggambarkan mereka hanya mengejar impian sendiri.

“Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu gugat kepercayaan masyarakat peringkat akar umbi terhadap perjuangan serta kepimpinan DAP,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Wong, beliau menjadi ahli DAP pada Februari 2011.

Mengulas mengenai perjuangan politiknya pada masa akan datang, Wong berkata buat masa ini beliau belum mempunyai apa-apa perancangan.

 

Advertisement