Anda di sini

Pencarian ‘Bintang Bliss’ pertama didik orang ramai jaga kesejahteraan diri

Advertisement

KUALA LUMPUR: Projek Bliss Transformasi Diriku, sebuah siri realiti serba baharu yang diterbit berkonsepkan Transformasi Diriku bertujuan untuk mencetus perubahan daripada sudut cara rakyat Malaysia menjaga kesejahteraan diri mereka dengan memelihara kesihatan sistem penghadaman yang baik. Pecarian ‘Bintang Bliss’ pertama dilancarkan di AEON BIG, Mid Valley Megamall baru-baru ini.

Projek Bliss Transformasi Diriku diinspirasikan oleh personaliti popular YouTube Malaysia, Daiyan Trisha yang telah menampilkan wajahnya yang sebenar dengan menanggalkan solekan di hadapan kamera dalam sebuah pengakuan berbentuk video log yang dirakam secara kandid. Mesej Daiyan menekankan tentang kecantikan bermula dari dalam.

Video log tersebut menjadi viral dan mencetuskan pelbagai reaksi hingga menarik minat pelakon, model dan pengacara TV tempatan, Siti Saleha untuk bekerjasama dengan NESTLÉ® BLISS® dalam melahirkan konsep bagi sebuah program yang berhasrat untuk mencetuskan transformasi bermula dengan kesihatan dalaman.

Menurut Siti Saleha, video Daiyan sangat menyentuh perasaan dan jujur. Ia membuatkan kita berfikir, sejauh mana kita memahami tubuh kita sendiri, dan apa yang kita boleh lakukan untuk mengubah penampilan dan perasaan kita.

“Projek Bliss Transformasi Diriku membuka peluang untuk kita meyerlahkan sisi diri yang terbaik, bermula dari dalam ke luar,” katanya

Uji bakat akan diadakan untuk mengenal pasti lapan orang finalis yang bakal menyertai Projek Bliss Transformasi Diriku.

Dalam lapan episod web tersebut, para peserta akan beroleh pengetahuan dan tip-tip berguna tentang dandanan, kecergasan dan pemakanan daripada mentor- mentor mereka. Mereka juga akan diberi cabaran mengejut dan melepasi beberapa siri eliminasi di mana akhirnya, seorang pemenang akan dinobatkan sebagai BINTANG BLISS pertama. Program berkenaan menampilkan 3 orang mentor yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing.

Sebagai hos, Siti Saleha turut berperanan sebagai ‘Kak Long’ untuk memberi panduan berkaitan kecantikan luaran dan keyakinan diri yang boleh dicapai melalui penghadaman yang sihat. Mentor Kecergasan Wong Yu Jin juga akan melatih para peserta dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang mudah untuk disepadukan dalam rutin harian anda bagi mendapatkan gaya hidup yang seimbang.

Manakala personaliti kesejahteraan sensasi YouTube, Joanna Soh pula akan berperanan sebagai Mentor Pemakanan yang akan membimbing para peserta dan menyemak tabiat pemakanan harian mereka. Beliau akan turut berkongsi tip-tip cepat dan mudah yang akan membantu para peserta berasa dan kelihatan lebih sihat.

Para peserta akan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM77,000, termasuk hadiah utama berupa percutian untuk 2 orang ke Paris, dan gelaran ‘BINTANG BLISS’.

Projek Bliss Transformasi Diriku diterbitkan oleh Astro Radio dengan kerjasama NESTLÉ® BLISS® dan bakal disiarkan di portal digital Astro Gempak pada bulan Mei 2016.

Maklumat lanjut mengenai Projek Bliss Transformasi Diriku boleh didapati di http://projekbliss.com.my/.

 

Advertisement