Anda di sini

Rafizi direman berhubung pendedahan dokumen LTAT

Advertisement

Dakwaan Rafizi adalah fitnah dan berniat jahat: LTAT

 Rafizi (tengah) ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung             tindakannya mendedahkan dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang diklasifikasikan sebagai rahsia di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

DITAHAN REMAN: Rafizi (tengah) ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mendedahkan dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang diklasifikasikan sebagai rahsia di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Rafizi dibawa ke mahkamah di sini.

Diiringi anggota polis, ketibaan Rafizi pada jam 1.50 petang itu turut disertai peguamnya R. Sivarasa.

Kelmarin, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR itu ditahan polis di luar bangunan Parlimen kira-kira jam 6.20 petang bagi disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Sivarasa berkata beberapa barang milik anak guamnya seperti komputer, laptop dan telefon bimbit turut dirampas selepas polis mengunjungi ibu pejabat PKR di Damansara serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan rumah Rafizi di Kampung Pandan.

Rafizi dipercayai akan dibawa ke lokap polis di Jinjang, di mana beliau ditahan semalam, untuk siasatan lanjut, katanya.

Kelmarin, LTAT dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada vete-ran LTAT.

Pengerusi LTAT Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata dakwaan Rafizi itu adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.

Di KUALA LUMPUR, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan meneliti sama ada penahanan Rafizi di luar bangunan Parlimen itu melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pandikar Amin berkata beliau akan membuat ketetapan (ruling) berhubung perkara itu setelah mengumpul semua maklumat daripada pihak berkaitan.

“Bertolak daripada apa yang dihujah pihak blok pembangkang, kita perlu ambil iktibar apabila kedudukan Speaker itu adalah amat penting.

“Soalnya sekarang, saya dipaksa dan disuruh buat perkara berlandaskan tugas Speaker dan pernah saya berhujah sebelum ini bahawa kalau ada tindakan polis haruslah mematuhi prinsip Parlimen dan perlu menghantar notis dahulu (kepada Speaker).

“Pada masa ini, saya sedang mengambil maklumat daripada pihak berwajib dan kedudukan di mana kejadian itu berlaku.

“Ini kalau sama ada berlaku di gate luar sana (bangunan Parlimen) dan kita juga perlu ambil kira adakah usul di bawah Peraturan Mesyuarat 1(e) itu telah dilanggar,” kata-nya.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang semalam mempertikaikan penahanan Rafizi yang mereka dakwa tidak menghormati institusi Parlimen kerana berlaku ketika Dewan Rakyat sedang bersidang.

Mereka termasuk Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat campur tangan berhubung penahanan itu.

Beliau berkata Pandikar Amin sebagai ‘payung wakil rakyat’ perlu membuat ketetapan agar pihak berkuasa menghormati in-stitusi itu.

Pandikar Amin turut meminta semua pihak ter-utama anggota pembangkang tidak mempolitikkan isu berkenaan demi menjaga nama baik institusi Parlimen.

Beliau berkata mengetahui berita penahanan Rafizi daripada laporan berita dan akhbar selain mendapat penjelasan daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. — Bernama

Advertisement