Anda di sini

Sarawak damba keyakinan

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

 Skuad wanita Sarawak bersedia mengibarkan cabaran pada Kejohanan Bola Sepak Piala Tun Sharifah Roziah di Kedah.

SEDIA: Skuad wanita Sarawak bersedia mengibarkan cabaran pada Kejohanan Bola Sepak Piala Tun Sharifah Roziah di Kedah.

KUCHING: Skuad bola sepak wanita Sarawak menyasarkan slot ke final Kejohanan Bola Sepak Piala Tun Sharifah Roziah 2016 yang bakal berlangsung di Kedah pada 7 hingga 15 April ini.

Ketua Jurulatihnya, Mohamad Mentali berkata meskipun mengakui cabaran kejohanan ini dijangka cukup sengit namun beliau tetap optimis sasaran ke final mampu dilakar berdasarkan persiapan rapi skuadnya sejak bulan lalu.

Malah, katanya kelibat lapan pemain lama memainkan watak penting dalam menggapai misi itu.

“Skuad Sarawak masih menurunkan lapan pemain lama sambil diperkuatkan 13 muka baharu.

Saya percaya gabungan pemain-pemain berpengalaman mampu membentuk skuad mantap dan berupaya memberikan saingan sengit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pemain-pemain bakal mengibarkan cabaran skuad Sarawak ialah Christina Susie William, Dorina Bunci Let, Norashima Othman, Jesmine Rikan James, Jessy Nueh, Syamimi Ibrahim, Rabiah Bishriyah, Karunnisa Mohamad, Vivien Jery, Nurashimah Syuhada dan Ashikin Mohd Anuar.

Turut sama Umimah Sahari, Siti Rohani, Judith Tunsai, Fiona Anjali Joseph, Mery Diana, Joponimilina Lisen, Nurfarahin Jumat, Lim Poh Hung, Rogayah Ali dan Esther Samuel.

“Semua pemain ini dipilih dari Kuching, Miri, Limbang, Sri Aman, Sibu dan Samarahan.

Kita memulakan persiapan rapi sejak 16 Mac lalu dan kini bersedia sepenuhnya menghadapi kejohanan itu,” katanya.

Kejohanan itu disertai semua negeri termasuk penampilan istimewa Persatuan India Malaysia (PIM).

 

 

Advertisement