Anda di sini

Terus kesinambungan bela nasib rakyat

Advertisement

Oleh Abang Ismail Abang Su’ud//

 Talib, Ningkan (empat kiri), ahli PBB dan penduduk Rumah Ningkan melaungkan slogan ‘hidup PBB’ pada pelancaran Protem PBB Ranting Setiam/Semanok, Sabtu lalu.

BERSEMANGAT: Talib, Ningkan (empat kiri), ahli PBB dan penduduk Rumah Ningkan melaungkan slogan ‘hidup PBB’ pada pelancaran Protem PBB Ranting Setiam/Semanok, Sabtu lalu.

BINTULU: Kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat dan membangun negeri ini perlu diteruskan dan diberi keutamaan.

Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata kesinambungan perjuangan itu penting supaya rakyat terus terbela.

“Perjuangan itu merupakan warisan daripada pemimpin terdahulu dan peranan kita meneruskan kesinambungan itu,” katanya pada Majlis Pelancaran Protem PBB Ranting Setiam/Semanok dengan keahliannya 332 orang di Sungai Setiam, di sini, Sabtu lalu.

Katanya, kita tidak memilih bangsa dalam perjuangan membela nasib rakyat negeri ini dengan konsep yang diguna pakai adalah bersatu padu tanpa perbezaan.

“Justeru perjuangannya itu penting dalam membina sebuah negeri yang makmur dan maju dengan harapan hasilnya dapat dinikmati rakyat sepenuhnya,” ujarnya.

Talib berkeyakinan Sarawak terus maju di bawah kepimpinan negeri yang ada sekarang justeru rakyat terus bersatu.

“Sekarang kita berada di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan rakan sepasukannya daripada komponen BN lain memperlihatkan beberapa perkara yang berjaya dicapai,” katanya.

Terdahulu, Ketua PBB Cawangan Semanok Tuai Rumah Ningkan Bungkong berkata mereka berikrar terus berjuang, bekerjasama dan saling membantu kerajaan.

Hadir sama dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Victor Temenggung Anggang dan Jenny Bangga, Timbalan Ketua PBB Jepak Saidi Abang Samsudin, Ketua Pemuda PBB Jepak Othman Mat, Ketua Wanita PBB Jepak Hamdiah Ahmad, exco wanita dan ahli-ahli PBB serta ketua-ketua masyarakat.

 

Advertisement