Anda di sini

Belia digalak ikuti latihan kemahiran, aktif sukan dan rekreasi

Advertisement

KUCHING: Golongan belia digalak mengikuti latihan kemahiran di samping bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pelbagai kursus dan latihan dalam bidang kemahiran disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan muda merebut pe-luang kerjaya.

“Peluang mengikuti latihan kemahiran dan teknikal ini patut direbut oleh anak muda supaya dapat memenuhi pasaran kerjaya yang ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertan-dingan Bola Sepak 5 Sebelah anjuran Kampung Temenggong dan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman turut menyarankan Pemuda PBB terus memperkasakan diri dalam kepimpinan sebagai usaha untuk menjadi pe-mimpin masa depan.

“Tingkatkan jati diri dan daya saing dalam usaha menaruh harapan kepada golongan muda yang akan menjadi pewaris kepimpinan akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai pertandingan ter-sebut, beliau mahu kemudahan gelanggang sukan di kampung itu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Katanya kemudahan tersebut harus digunakan untuk menganjurkan aktiviti riadah sekali gus memberi ruang kepada golongan belia bergiat aktif dalam sukan.

Menurutnya, Kampung Temenggong beruntung ke-rana mempunyai kemudahan sukan berbanding kampung lain di kawasan DUN Pantai Damai atas sebab tertentu.

“Oleh itu, manfaatkan kemudahan ini dengan sebaik-nya, inilah yang kita mahu lihat anak muda bergiat aktif dalam sukan yang mendatangkan kebaikan,” ujarnya.

 

Advertisement