Anda di sini

Tujuh maut dalam nahas van, lori di Senai

Advertisement

Hasil siasatan dapati pemandu van gagal kawal kenderaan, sebabkan pertembungan

 Mayat enam dari tujuh mangsa yang maut ditutup dengan kain putih setelah terbabit dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah van kilang dan sebuah lori di Jalan Seelong berdekatan Kampung Seelong Jaya, Kulai, semalam. — Gambar Bernama

KEMALANGAN NGERI: Mayat enam dari tujuh mangsa yang maut ditutup dengan kain putih setelah terbabit dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah van kilang dan sebuah lori di Jalan Seelong berdekatan Kampung Seelong Jaya, Kulai, semalam. — Gambar Bernama

JOHOR BAHARU: Tujuh maut dalam kemalangan melibatkan van kilang dan lori di Jalan Seelong, Kampung Seelong Jaya, dekat Senai, Kulai, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor Mohd Rizal Buang berkata kejadian kira-kira jam 6 pagi itu mengorbankan tiga lelaki dan empat perempuan manakala dua lagi cedera.

Kesemua mayat mangsa dihantar di Hospital Kulai untuk bedah siasat, katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata mereka yang maut di tempat kejadian terdiri daripada R. Shanmugam, 27 (pemandu van); Julasri Jahual, 26; Nurhakim Bassal, 25; Lumie Anak Deyo, 30; Florina Anak Tihong, 24; dan Rafidah Zul, 27.

Seorang lagi penumpang van, Nor Saila Mohd Nor, meninggal dunia di Hospital Kulai, kata beliau menerusi kenyataan.

Razak berkata Victoria Anak Iring, 21, juga penumpang van, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah manakala pemandu lori, Abdul Roni Awang, 41, cedera ringan dan dirawat di Hospital Kulai.

“Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku secara bertembung akibat kegagalan pemandu van mengawal kenderaan yang dipandunya ketika melalui selekoh dan memasuki ruang jalan bagi kenderaan datang dari arah bertentangan,” katanya. — Bernama

Advertisement