Anda di sini

MPJBT roboh 12 premis langgar peraturan

Advertisement

JOHOR BAHARU: Dua belas premis dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT) dalam beberapa operasi sejak awal tahun ini membabitkan kesalahan ubah suai premis tanpa kelulusan.

Yang Dipertua MPJBT Dr Badrul Hisham Kassim berkata kesemua pemilik premis itu didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Antara tempat yang baharu diambil tindakan pada bulan lepas adalah kedai cuci kereta yang dibina dan di-ubah suai di kawasan rumah kediaman (lot tepi),” kata beliau kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPJBT di sini semalam.

Katanya antara premis yang diroboh adalah kedai makan, kedai menjual barangan lo-gam dan kedai cuci kereta di Taman Universiti, Taman Perling serta Taman Nusantara.

Badrul berkata pihaknya hanya bertindak meroboh premis itu setelah memberi notis 14 hari kepada pemilik premis namun mereka langsung tidak mengendahkan notis berkenaan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut membuat pemantauan yang kerap di premis yang mengupah pekerja warga asing atau menyewakan lesen perniagaan kepada mereka.

“Sekiranya kami men- dapat tahu ada pemilik premis berbuat demikian, lesen perniagaan akan ditarik, pemilik lesen tidak boleh menyewakan lesen mereka kepada warga asing,” kata beliau.

Terdahulu, Dr Badrul menyaksikan 21 daripada 23 orang Ahli Majlis MBJBT mengangkat sumpah di Dewan Mesyuarat Bangunan MBJBT bagi sesi 2016/2017. — Bernama

 

Advertisement