Anda di sini

Abdullah timbang keputusan letak jawatan presiden FAM

Advertisement

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersedia mempertimbangkan keputusan baginda untuk meletak jawatan selaku presiden badan induk berkenaan.

Keputusan berkenaan dicapai setelah Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan pertemuan tertutup dengan baginda, di sini kelmarin.

Hamidin dalam kenyataan berkata menerusi perjumpaan itu, beliau menyampaikan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Isnin lepas, yang menolak hasrat baginda, dan terus menerajui badan induk itu sehingga 2018.

“Selepas berbincang daripada hati ke hati, keputusan yang dicapai ialah Tengku Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM atas keputusan tersebut.

“… (baginda juga) memahami segala penjelasan yang disampaikan oleh saya mengenai harapan barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM,” kata Hamidin.

Hamidin turut memaklumkan Tengku Abdullah akan menyatakan pendirian muktamad baginda mengenai perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. — Bernama

Advertisement