Anda di sini

SASA sasar 30 emas pada Kejohanan Renang Peringkat Umur Sarawak

Advertisement
 Kuo (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankuasa SASA dan para perenang.

UNTUK ALBUM: Kuo (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama ahli jawatankuasa SASA dan para perenang.

SIBU: Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA) berusaha memenangi pingat emas pada Kejohanan Renang Peringkat Umur Sarawak Kali Ke-43 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Akuatik Sarawak di Kuching.

Pengerusinya, Oliver Kuo berkata mereka menyasarkan 30 pingat emas daripada skuad renang yang terdiri daripada 42 perenang.

Daripada jumlah itu, seramai 26 orang ialah kanakkanak lelaki dan 16 orang lagi perempuan.

“Ia adalah satu sasaran konservatif dan diharapkan kita dapat menjayakannya,” katanya.

Skuad SASA diterajui oleh Cindy Sui, Timothy Wong dan Ting Hua Ni.

Seorang lagi perenang handalan Sibu, Nee Gui Ping bagaimanapun tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut akibat kecederaan tangan.

Bercakap lanjut, Kuo mengingatkan para peserta supaya memberikan persembahan terbaik semasa kejohanan itu.

Tambahan pula, kejohanan tersebut merupakan platform terbaik untuk mencari perenang bagi mewakili negeri ke SUKMA Sarawak nanti.

 

 

Advertisement