Anda di sini

Tun Razak dikurniakan Anugerah Tokoh Negarawan Ulung

Advertisement
 Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan cenderahati kepada penerima Anugerah Tokoh Negarawan Ulung kepada ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah pada majlis Utusan Business Awards 2015 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ahmad Zahid (tengah). — Gambar Bernama

ANUGERAH PENGHARGAAN: Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan cenderahati kepada penerima Anugerah Tokoh Negarawan Ulung kepada ibu Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah pada majlis Utusan Business Awards 2015 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ahmad Zahid (tengah). — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein semalam dikurniakan Tokoh Negarawan Ulung pada Anugerah Bisnes Utusan 2015.

Anugerah tersebut disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada balu Allahyarham, Tun Rahah Mohammad Noah, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Tun Abdul Razak, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima anugerah itu atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai arkitek yang berperanan penting dalam pembangunan negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Berhad Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu Datuk Mohd Noordin Abbas.

Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh Kumpulan Utusan turut menyaksikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengasas Universiti Lim Kok Wing Tan Sri Dr Lim Kok Wing, dan Pengerusi Westports Malaysia Sdn Bhd Tan Sri G. Gnanalingam menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Selain itu, terdapat 31 kategori lain bagi mengangkat tokoh yang berkaliber dalam pembangunan ekonomi negara.

Ini termasuk Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance Berhad Datuk Koh Yaw Hui menerima anugerah bagi sektor Insurans dan Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam sektor sosial korporat. — Bernama

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dipilih sebagai Ikon Bisnes Terbaik manakala Pengarah Urusan Jakel Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel menerima anugerah Usahawan Terbaik. — Bernama

 

Advertisement