Anda di sini

Pelbagai pihak terima sijil penghargaan daripada IPD Sri Aman

Advertisement

SRI AMAN: Seramai 11 pihak menerima sijil penghargaan pada Upacara Perhimpunan Kawad Bulanan terakhir Pemangku Superintenden Mat Jusoh Muhammad bersama anggota Ibu Pejabat Daerah Sri Aman di Padang Kawad IPD Sri Aman semalam.

Mereka adalah wakil pegawai Kompeni C Batalion 10, PGA Kem Temudok ASP Lawrance, Penolong Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Noor Ismail Razali, Ketua Balai Bomba & Penyelamat Bahagian Sri Aman Mohd Raffy Saibi, wakil JPAM Sri Aman Lans Koperal Sprin Joe Musa, Pengurus FELCRA Bhd Batang Lupar Sri Aman Bukhari Abdul Latif, wakil Bank Rakyat Morshidi Ismail, Lim Sui Khian (International Time), Valentine Ngumbang (Utusan Sarawak), Edwin Raoh (Utusan Borneo), Lim Mei Chen daripada Sin Chiew Daily dan Unit Berita Sri Aman.

Sementara itu, bagi pihak media sijil itu adalah sebagai sumbangan media membantu polis menangani kegiatan jenayah serta melaporkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sri Aman.

Mat Jusoh yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Sarikei diberi penghormatan menyampaikan sijil-sijil kepada penerima.

Mat Jusoh memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Sarikei pada 26 Februari lalu.

Dianggarkan 70 anggota polis IPD Sri Aman mengambil bahagian pada perhimpunan itu.

 

Advertisement