Anda di sini

Cabaran DAP kepada KM licik, penuh muslihat: Idris

Advertisement

KUCHING: Cabaran di-lontarkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem disifatkan licik serta dengan muslihat tersirat.

Menurut Ahli Majlis Ter-tinggi Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Idris Buang, ia merupakan jerangkap samar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng demi kepentingan politik untuk melihat hubu-ngan kerajaan negeri dan kerajaan pusat terjejas.

“Saya memberi tabik kepada Lim Guan Eng dan Chong Chieng Jen (pengerusi DAP Sarawak) kerana melontar cabaran tersebut antara yang boleh dikatakan bijak dan licik dengan muslihat tersirat,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sebuah akhbar bahasa Cina mengemukakan tiga cabaran kepada Adenan agar parti komponen BN Sarawak menggunakan logo parti sendiri dan bukan logo BN (dacing), mengiktiraf sijil/diploma Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tanpa syarat dan mengenai tuntutan kenaikan royalti minyak untuk ditunaikan dalam masa terdekat.

Cabaran itu juga pernah dikemukakan oleh Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching pada 26 Mei tahun lepas.

Idris berkata lambang da-cing telah menjadi sebahagian daripada budaya dan simbol kekuatan politik ahli-ahli parti komponen BN Sarawak dan para penyokong, malah merupakan lambang kerja-sama erat dan semangat serta konsep kongsi kuasa saksama yang berjaya di Sarawak.

“Kami dalam PBB dan Barisan Nasional Sarawak memang sudah awal terhidu ia adalah satu perangkap jahat.

“Mereka mahu BN Sarawak keluar dari BN Pusat, menggunakan logo dan lambang masing-masing dan terus memutuskan hubungan dan kerjasama dengan BN Pusat,” katanya.

Beliau turut menegaskan masalah yang berlaku dengan parti-parti komponen BN seperti UMNO dan lain-lain di Semenanjung Malaysia adalah isu-isu yang tidak mempunyai kaitan dengan BN Sarawak.

“Oleh yang demikian kami dalam PBB dan BN Sarawak akan terus mengibar dan melonjakkan panji-panji BN yang penuh bermakna ke arah kemenangan dan mandat besar untuk kepimpinan Adenan Satem dan akan mempertahankan lambang dacing bagi terus membela rakyat Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai sijil UEC katanya, kerajaan negeri tidak bersedia menerima terus secara bulat-bulat tanpa syarat kerana jika berbuat demikian, ia seolah-olah meletakkan UEC di taraf lebih tinggi daripada kebanyakan sijil dan diploma keluaran institusi lain yang masih disyaratkan juga dengan pencapaian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, kerajaan negeri mengambil kira semua aspek yang relevan agar tidak ada ketidakadilan atau kepincangan baharu berlaku ke atas sistem sedia ada dalam Perkhidmatan Awam Negeri dan DAP seharusnya melihat pengiktirafan Adenan terhadap UEC yang bersyarat sebagai dorongan untuk mene-rapkan diri dengan ilmu asas seperti Bahasa Malaysia.

Manakala mengenai tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus, Idris berkata Adenan sebagai seorang pe-mimpin yang bertimbang rasa dan atas dasar tanggungjawab sebagai warga Malaysia juga, sama sekali tidak mahu meng-ambil kesempatan ke atas negara yang sedang menempuh cabaran dan kesempitan luar biasa.

“Oleh itu, beliau menangguhkan desakan untuk kenaikan royalti minyak hinggalah bila ekonomi dan kewangan negara serta keadaan pasaran minyak menguntungkan,” katanya sambil menambah, istilah ‘bertimbang rasa’ itu menunjukkan kematangan seseorang pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab.

Beliau menambah, malah ramai pakar ekonomi dari Sarawak sendiri mengakui bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk menuntut royalti minyak.

“Adenan mengambil kira kedudukan kewangan dan ekonomi negara dan sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab beliau mahu kesihatan negara menjadi benar-benar kukuh dan tegap dulu.

“Untuk membawa isu ro-yalti minyak, Adenan tidak tergamak hati untuk menekan kerajaan pusat semata-mata kerana mahu melihat hanya Sarawak sahaja yang hidup dan membiarkan negeri-negeri lain dan kerajaan pusat sendiri ja-tuh tersungkur,” katanya sambil menambah, kerajaan pusat harus meneruskan keperluan negeri-negeri lain dan memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat se-luruh negara terus terjaga.

 

 

Advertisement