Anda di sini

Jom sertai Kuching Strongest Man 2016, 2-3 Apr

Advertisement

KUCHING: Orang ramai dijemput menyertai Kuching Strongest Man 2016 yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Polis ke-209 pada 2 dan 3 April depan.

Pertandingan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di bawah Kuching Cops Cycling Club (KCCC) itu diadakan di Padang Merdeka Kuching dan pendaftaran dibuka sehingga 21 Mac ini.

Difahamkan antara yang dipertandingan termasuk Deadlift, Atlas Stone dan Squat yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai, baucar tunai dan trofi.

Untuk setiap penyertaan dikenakan bayaran RM50 dan peserta akan diberi baju-T serta sagu hati dan sijil penyertaan.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu juga merupakan ajuran bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Plaza Merdeka, The Waterfront Hotel dan Fah Fatt Sports.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ASP Ricky Poh (Ketua Polis Balai Sentral) di talian 010-9002802, Dayang (013-8028986), Marcilla (016-8666694) dan Majid (016-8411491).

Advertisement