Anda di sini

30 peserta sertai konvoi Jelajah 50 Tahun MARA

Advertisement

LIMBANG:  Seramai 30 peserta konvoi membabitkan sembilan kereta dan 15 motosikal memeriahkan konvoi semoena program Jelajah 50 Tahun MARA di sini kelmarin.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir melakukan pelepasan kepada peserta konvoi di bangunan Arked MARA.

Turut sama ialah Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pengarah MARA Negeri Sarawak, Megat Zakaria  Megat Ahmad,  wakil Residen Bahagian Limbang  Selamat Jati Yanjah, Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir, Pegawai MARA Daerah Limbang Safuan Nepis dan Pengerusi Kelab Usahawan MARA Limbang Frederick Lalung .

Semua peserta konvoi akan berangkat dari Limbang ke Miri sebelum berarak di bandar Miri dan seterusnya melakukan penyerahan bendera kepada Pegawai MARA Daerah Miri.

Advertisement