Anda di sini

Kejohanan ‘downhill,’ ‘mountain bike’ pentas pemilihan pelumba ke SUKMA

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Berbasikal kategori ‘downhill’ dan ‘mountain bike’ yang akan berlangsung di Trek Berbasikal DBKU Bukit Siol hujung minggu ini akan menjadi pentas pemilihan pelumba ke Sarawak ke SUKMA XVIII 2016.

Demikian menurut Ketua Jurulatih Skuad Berbasikal Sarawak, Dzulkaflee Hassan ketika diminta mengulas perkara itu semalam.

Menurut Dzulka flee lagi, perlumbaan kategori ‘downhill’ akan berlangsung pada Sabtu, 20 Februari, manakala ‘montain bike’ berlangsung pada Ahad, 21 Februari.

“Saya menj angkaka n penyertaan seramai 30 pelumba berbakat dari seluruh Sarawak pada perlumbaan selama dua hari itu.

“Perlumbaan ini menjadi pentas pemilihan terakhir pelumba yang akan mewakili Sarawak dalam temasya berprestij negara itu kelak,” jelas Dzulkaflee.

Sehubungan itu, Dzulkaflee berharap pelumba berbakat tampil memberikan aksi tebaik mereka bagi merebut slot dalam skuad negeri kelak.

Tambah beliau, skuad berbasikal akan mengumumkan senarai penuh barisan pelumba yang akan mewakili Sarawak pada minggu pertama Mac depan.

Acara berbasikal berlangsung dari 18 hingga 30 Julai 2016 dengan mempertandingkan acara lebuh raya, basikal bukit dan BMX.

Acara lebuh raya akan diadakan di Lebuh Raya FAC Matang manakala basikal bukit dan BMX akan berlangsung di Trek Berbasikal DBKU Bukit Siol, Petra Jaya.

Advertisement