Anda di sini

Empat lagu Adenan berjaya raih RM1.8 juta untuk pusat dialisis

Advertisement

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berjaya mengumpul keseluruhan RM1.8 juta melalui empat dendangan lagu malar segar untuk menampung kos pembinaan Pusat Dialisis Buah Pinggang Miri yang baharu di Permyjaya.

Adenan menyampaikan lagu ‘I Can’t Help Falling In Love’ (Elvis Presley), ‘The Young Ones’ (Cliff Richard) dan ‘Getaran Jiwa’ (P.

Ramlee) berjaya mengutip sebanyak RM1.6 juta pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parlimen Miri dan Sibuti di Eastwood Valley Golf and Country Club malam kelmarin.

Adenan kemudian mendendangkan sebuah lagi lagu, ‘Mona Lisa’ dan semasa menyanyi, seorang tokoh usahawan terkemuka menderma sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah keseluruhan yang berjaya dikutip pada malam itu ialah RM1.8 juta.

Wang tersebut akan digunakan untuk menampung kos pembinaan Pusat Dialisis Buah Pinggang Miri di Permyjaya yang bernilai RM5 juta.

 

Advertisement