Anda di sini

Adenan kunjungi rumah terbuka TBC Lee

Advertisement
 (Dari kiri) Sebastian, Jamilah, Adenan, Lee, isteri Lee serta yang lain pada kunjungan TBC dengan replika Instagram di Miri semalam.

CERIA: (Dari kiri) Sebastian, Jamilah, Adenan, Lee, isteri Lee serta yang lain pada kunjungan TBC dengan replika Instagram di Miri semalam.

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta isteri Datin Patinggi Puan Sri Datuk Jamilah Anu mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) pada hari kelima ke kediaman Menteri Muda Perhubungan dan Sukan Datuk Lee Kim Shin di sini semalam.

Turut menyambut kedatangan Adenan ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Datuk Sebastian Ting, Pengerusi SUPP Pujut Adam Yii, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis, tetamu kehormat lain dan kaunselor-kaunselor.

Kediaman Lee juga dimeriahkan dengan kehadiran ketua-ketua kaum sekitar Miri serta ahli-ahli SUPP Cawangan Senadin, Piasau dan Pujut yang teruja menanti kehadiran Adenan.

Pada sebelah malamnya, Adenan merasmikan jamuan malam sambutan TBC SUPP Parlimen Miri dan Sibuti di Eastwood Valley Golf & Country Club.

 

Advertisement