Anda di sini

Budaya amalan gotong-royong basmi penularan wabak denggi

Advertisement

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi mahu setiap masyarakat di negeri ini khusus penduduk membudaya amalan gotong-royong.

Katanya, amalan gotong-royong membersih kediaman rumah masing-masing jangan hanya dilaku kerana berita penularan wabak denggi kawasan sekitar.

“Saya mahu setiap Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) seluruh kawasan Pantai Damai aktif melakukan kerja bergotong-royong dari semasa ke semasa.

“Aktiviti gotong-royong secara berkala ini harus dijadikan sebagai budaya tidak kira tinggal di kawasan kampung mahupun taman perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Pra-Tahun Baharu Cina (TBC) di Bandar Baru Samariang (BBS), di sini semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenyataan dikeluar Jabatan Kesihatan Negeri berhubung penularan wabak denggibeberapa kawasan dipercayai lokasi ‘Hotspot Denggi’ di sini.

Namun jelasnya, sehingga kini bagi kawasan DUN Pantai Damai, beliau belum lagi menerima sebarang laporan mengenai denggi terbaharu di kawasan tersebut.

“Sejak September tahun lalu, sebanyak sembilan kes denggi dilaporkan di Kampung Pulo, kita terus menggerak JKKK kampung di seluruh tempat untuk mengadakan gotong-royong perdana.

“Aktiviti gotong-royong ini turut melibatkan kawasan BBS dan Telaga Air, melibatkan semua unit rumah penduduk membersihkan rumah masing-masing selain memasti tiada air bertakung,” katanya.

Jelasnya, besar harapan beliau sekiranya JKKK kampung dapat melaksanakan aktiviti gotong-royong seumpama itu kerana ia diyakini mampu merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat, meningkatkan perpaduan serta saling menyokong antara satu sama lain.

Advertisement