Anda di sini

Sarawak sudah sedia sepenuhnya

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

 Rajagobal (dua kiri) menyampaikan amanat kepada anakanak buahnya selepas sesi latihan.

SUNTIK SEMANGAT: Rajagobal (dua kiri) menyampaikan amanat kepada anakanak buahnya selepas sesi latihan.

KUCHING: Skuad Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi kempen Liga Super 2016 yang akan memulakan saingan pada 13 Februari ini.

Pengendalinya, Datuk K Rajagobal berkata prestasi anak-anak buahnya menampakkan peningkatan selepas kembali dari jelajah pramusim di Semenanjung Malaysia dan Vietnam barubaru ini.

“Pemain telah menunjukkan peningkatan ketara dari aspek fizikal, kecergasan dan keyakinan.

“Malah saya mel ihat persefahaman antara pemain juga semakin baik dan ini petanda positif bagi skuad dalam persiapan kita untuk menghadapi saingan liga,” katanya mengulas perkara itu semalam.

Menurut Rajagobal lagi, setakat ini beliau berpuas hati dengan mutu pemainpemain baharu terutama pemain import luar dalam skuad itu di mana mereka dapat menyesuaikan diri dengan pantas bersama pemain lain.

Dengan saingan liga hanya berbaki sembilan hari lagi sebelum bermula, Rajagobal akan memanfaatkan masa yang tinggal bagi memperkemaskan skuadnya dari semua sudut.

“Saya percaya masih ada ruang yang perlu kita perbaiki dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi skuad ini,” tambahnya.

Sarawak masih mencari skuad luar untuk dijadikan ‘sparring’ bagi memanaskan badan selepas perlawanan persahabatan dengan Pulau Pinang yang dijadual berlangsung esok dibatalkan.

Sementara itu, skuad Ngap Sayot akan melancarkan jersi baharu esok bertempat di Pusat Beli-Belah CityONE bermula jam 2 petang.

Sarawak akan memulakan kempen Liga Super 2016 dengan menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu, 13 Februari disusuli pertemuan menentang FELDA United di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Selasa, 16 Februari.

 

 

Advertisement