Anda di sini

Lorenzo catat masa terpantas sesi ujian rasmi pramusim

Advertisement
 Lorenzo mencatat masa terpantas hari pertama sesi ujian rasmi pramusim di Litar Sepang semalam. — Gambar Bernama

PANTAS: Lorenzo mencatat masa terpantas hari pertama sesi ujian rasmi pramusim di Litar Sepang semalam. — Gambar Bernama

SEPANG: Juara MotoGP Dunia musim lepas, Jorge Lorenzo mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi ujian rasmi pramusim di Litar Sepang di sini semalam.

Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun itu mencatat dua minit 0.684 saat ketika di pusingan ke-32 daripada 37 pusingan yang dilakukan pada sesi berkenaan.

Aksi cemerlang Lorenzo yang mewakili Movistar Yamaha MotoGP itu turut diiringi rakan sepasukan, Valentino Rossi dan pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa yang masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas.

Rossi berada 1.033 saat di belakang Lorenzo manakala Pedrosa mencatatkan 2:01.780s. — Bernama

Advertisement