Anda di sini

102 pemain rebut tempat dalam skuad badminton SUKMA Sarawak

Advertisement

 Adam (kiri) dan Alfred peserta pilihan dalam acara perseorangan dan beregu lelaki.

SUPILIHAN: Adam (kiri) dan Alfred peserta pilihan dalam acara perseorangan dan beregu lelaki.

KUCHING: Seramai 102 pemain bersedia berentap dalam pertandingan pemilihan bagi memburu slot dalam skuad badminton SUKMA XVIII Sarawak yang akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Sarawak (SBA), Jalan Lapangan Terbang bermula hari ini hingga Ahad.

Peserta terlibat mewakili SBA dan 13 pasukan lain dari- PADA Persatuan Badminton Kuching, Persatuan Badminton Miri, Persatuan Badminton Bumiputera AB1M/Sarawak, pusat latihan dan akademi.

Menurut SBA, daripada senarai peserta yang mengesahkan penyertaan, 20 adalah wanita.

SBA akan menampilkan seramai 19 peserta, Persatuan Badminton Kuching (15), Pengurusan Badminton Pasifik (13), Persatuan Badminton Miri (MBA) 2002 (9) dan Kuching (8).

Pasukan lain yang terlibat ialah Persatuan Badminton Bintangor, Pusat Badminton Miri, Chung Jing Sport, Pusat Latihan Chong Cheong Yong, Pro Wira Sibu, Pusat Latihan Badminton Elite Sibu, Akademi Badminton Thumb’s Up dan New Gen Badminton Team.

Kategori yang dipertandingkan adalah perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita.

Acara perseorangan lelaki menyaksikan penyertaan terbesar seramai 64 peserta dengan 20 mengambil bahagian dalam acara wanita.

Pasangan kembar, Adam Lau dan Alfred Lau dari SBA diletakkan selaku pilihan dalam acara perseorangan lelaki manakala rakan sepasukan, Kourtney Kho Ker Yin adalah pilihan utama dalam acara perseorangan wanita.

Kourtney bakal berdepan tentangan sengit daripada Yong Ping Ping (MBA), Viviene Kua (SBA) dan Kam Wei Li (SBA).

Bagai acara beregu wanita, sejumlah 13 beregu akan berentap manakala beregu lelaki menampilkan 34 beregu dengan gandingan Adam dan Alfred juga diletakkan selaku pilihan utama.

Pengurusan Badminton Pasifik turut dijangka memberikan tentangan sengit dengan menurunkan empat beregu, Jeremy Kho-Jonathan Kho, Clement Chieng-Owen Ting, Aloysius Lim-Douglas Lim dan Gerald Ong-Wong Teck Chung.

 

 

Advertisement