Anda di sini

Gelandangan cedera ditikam enam individu

Advertisement
 Mangsa menunjukkan pipinya yang cedera akibat ditikam suspek.

CEDERA: Mangsa menunjukkan pipinya yang cedera akibat ditikam suspek.

KUCHING: Seorang gelandangan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat ditikam enam individu yang bertindak merompaknya di Batu 3 di sini, semalam.

Lelaki berusia 50-an itu terdahulu dikatakan berjalan kaki menuju ke pekan lama Batu 3 apabila tiba-tiba didatangi suspek yang menaiki tiga buah motosikal sekitar jam 12.30 pagi.

Menurut mangsa, keenam-enam suspek kemudian menghalangnya yang cuba menyelamatkan diri sebelum seorang daripada mereka bertindak menikam pipi mangsa menggunakan objek tajam.

“Saya sedari mereka sudah mula mengekori saya dari sebuah kedai makan 24 jam di sana sebelum mereka menghalang saya dan kemudian bertindak menikam muka (pipi) saya,” kata mangsa.

Difahamkan, suspek sebelum melarikan diri dari tempat kejadian bertindak merampas beg mangsa yang mengandungi telefon bimbit serta sedikit wang tunai.

Orang awam yang melihat mangsa mengerang kesakitan kemudian segera menghubungi pihak polis untuk bantuan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS oleh anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk rawatan lanjut.

Advertisement