Anda di sini

3,000 sukarelawan diperlukan

Advertisement

Berminat untuk menjadi sukarelawan SUKMA XVIII boleh mendaftar dalam talian

// Oleh Rusnan Mustafa //

APA KHABAR?: Ose beramah mesra dengan wakil majlis sukan yang mengikuti Program Latihan Sistem Pengurusan Acara di Pusat Latihan Sains di Kota Samarahan semalam.

APA KHABAR?: Ose beramah mesra dengan wakil majlis sukan yang mengikuti Program Latihan Sistem Pengurusan Acara di Pusat Latihan Sains di Kota Samarahan semalam.

KOTA SAMARAHAN: Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) edisi ke-18 kini mencari 3,000 sukarelawan sukan bagi menjayakan temasya sukan berprstij itu pada 22 hingga 31 Julai nanti.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Ose Murang berkata orang ramai berminat menjadi sukarelawan SUKMA XVII boleh membuat pendaftaran secara atas talian di www.sukmasarawak2016.my.

“Permohonan menjadi sukarelawan SUKMA XVIII kini dibuka secara atas talian dan mereka berminat diminta mengisi borang permohonan di laman sesawang disediakan,” katanya pada majlis pelancaran pengambilan sukarelawan SUKMA XVIII di Pusat Latihan Sains di sini semalam.

Menurut Ose, kejayaan penganjuran acara besar seperti SUKMA amat memerlukan tenaga kerja ramai semua pihak meliputi pegawai teknikal serta pengurusan acara dan pembantu terdiri sukarelawan.

Jelasnya, penglibatan semua pihak bukan sahaja sekadar memberi impak kepada penganjuran sukan itu tetapi mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang tanggungjawab dalam bidang yang ditugaskan.

“Pengambilan sukarelawan ini penting untuk memupuk semangat sukarelawan dalam bidang sukan dan menyemai minat kepada mereka terlibat terutamanya golongan belia,” katanya.

Malah, penglibatan orang ramai dalam sukarelawan terdiri pelbagai kaum dan agama boleh memupuk semangat perpaduan kalangan rakyat.

“Kita dapat mengenali antara satu sama lain sebelum ini kita tidak pernah berjumpa atau berkenal, jadi rebutlah peluang menjadi sukarelawan bagi menjayakan temasya SUKMA XVIII,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kriteria menjadi sukarelawan, Ose memberitahu permohonan adalah terbuka untuk individu berusia dari 18 tahun dan ke atas, sihat tubuh badan dan bersedia ditugaskan di mana-mana gelanggang yang menjadi medan untuk 24 acara sukan dipertandingkan.

Katanya, kebanyakan acara sukan diadakan di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan namun beberapa acara seperti badminton dan bola tampar diadakan di Sibu manakala karate, sepak takraw dan perahu layar di Miri.

Perkampungan sukan untuk atlet bertanding di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan ILP Sibu.

Semalam, Sekretariat SUKMA XVIII mengadakan program latihan sistem pengurusan acara selama dua hari untuk wakil majlis sukan seluruh Malaysia.

Advertisement