Anda di sini

Mohon permit daripada JHS jika berminat pelihara burung spesies terlindung

Advertisement
 Beberapa ekor burung daripada spesies terlindung untuk dijual berjaya dirampas daripada dua suspek di Kuching, baru-baru ini.

TERTANGKAP: Beberapa ekor burung daripada spesies terlindung untuk dijual berjaya dirampas daripada dua suspek di Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Kontroler Hidupan Liar merangkap Pengarah Hutan Sarawak Sapuan Ahmad menasihati individu yang berminat memelihara burung daripada spesies terlindung agar memohon permit daripada pejabat Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berdekatan.

Menurut kenyataan akhbar JHS semalam, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 29(2) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 untuk memelihara burung di bawah kategori spesies terlindung.

Mana-mana individu yang didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak RM10,0000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Ia berikutan berdasarkan pemerhatian yang dijalankan kebelakangan ini, ramai individu yang berminat memelihara burung daripada spesies terlindung berkenaan.

Tambah Sapuan, berdasarkan tiga serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini pada Disember lalu, JHS berjaya menahan dua suspek selain merampas beberapa ekor burung daripada spesies terlindung untuk dijual.

“Setelah diambil keterangan, suspek dibebaskan dengan jaminan polis manakala burung yang dirampas telah dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang sebelum dilepaskan sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, untuk memudahkan orang awam yang berminat memelihara burung atau hidupan lain daripada spesies terlindung, mereka boleh mendapatkan borang permohonan permit di gerai pameran JHS yang diadakan sempena Program Sejiwa Senada.

Beliau juga berkesempatan memberi amaran agar aktiviti penjualan daging dan hidupan liar daripada spesis terlindung dihentikan segera.

Pada masa sama, Bahagian Pencegahan dan Penguatkuasaan JHS juga sedang giat mengintip serta memantau aktiviti penjualan daging dan hidupan liar daripada spesies terlindung termasuk modus operandi yang digunakan di beberapa kawasan seperti Serian, Sri Aman, Sibu, Kapit, Selangau, Bintulu, Niah, Limbang dan Lawas.

 

 

 

Advertisement