Anda di sini

Kursus ICT dedah ketua kaum ilmu pembangunan globalisasi

Advertisement

SARIKEI: Seramai sembilan ketua kaum pekan Jakar tamat menyertai Kursus Intel @ Learn Easy Steps anjuran Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Jakar, semalam.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Teng Ung Woo berkata, program seumpama ini amat baik dan wajar diikuti serta dijadikan teladan oleh semua ketua kaum yang lain.

“Usaha ini amat penting dalam meralisasikan matlamat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai masyarakat khususnya yang menjurus kepada golongan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Langkah ini amat penting agar masyarakat kita, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar, dapat bergerak selari dengan arus pembangunan globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

“Pengetahuan dalam bidang ini amat penting kerana kebanyakan urusan sama ada dengan pihak kerajaan, pihak swasta atau gensi-agensi,” katanya pada Majlis Penyampaian Sijil kepada ketua masyarakat terbabit yang telah berlangung di PI1M Jakar.

Program ini telah berlangsung sejak bulan November tahun lepas dan ia telah diketuai oleh Pengerusi PI1M Jakar Tuai Rumah Setia Ungok.

PI1M Jakar menawarkan kursus intel kepada komuniti setempat yang berminat untuk menguasai kemahiran ICT dan modul latihan yang disediakan.

Pada masa sama juga, Teng berharap pada masa datang, lebih ramai ketua masyarakat setempat akan hadir dan turut serta dalam kursus yang ditawarkan oleh pihak PI1M Jakar.

“Gunakan peluang yang ada ini dengan sebaiknya, terutama dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan.

“Kita berharap peluang seumapama ini dapat dimanfaatkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat ini bagi mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah,”jelas Teng lagi.

PI1M Jakar yang terletak di tingkat atas di bangunan Klinik 1 Malaysia menawarkan Kursus Intel @ Learn Easy Steps dan penyertaan kursus ini terbuka kepada semua pihak dan peringkat usia.

Untuk mengetahui lebih mengenai kursus yang ditawarkan dan maklumat lain yang berkaitan, yang berminat bolehlah menghubungi Pengurus PI1M Jakar Mittsareana Lisa di talian 013 8464340 atau Mary Mambu (014 8630834) atau dengan melayari laman web PI1M di http://pknsarikei.pi1m.my

 

 

Advertisement