Anda di sini

Tiga maut nahas

Advertisement

Mangsa tersepit selepas Toyota Vios bertembung lori 10 tan di KM114 Jalan Sibu-Bintulu

// Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

 Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan.

TERSEPIT: Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan.

BINTULU: Tiga maut apabila kereta jenis Toyota Vios dinaiki oleh mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Kilometer 114 Jalan Sibu-Bintulu, petang semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lori dari laluan bertentangan.

Ketiga-tiga penumpang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Azrel Izaidi Ahamad berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Ferrinow Kadri (pemandu), 31, Anthony Kadri (penumpang), 24, dan Na-uyah Pusih, 63. Ketiga-tiga mereka berasal dari Miri.

“Manakala pemandu lori pula dikenal pasti sebagai Ngu Heng Huat, 45,” ujarnya yang mengetuai operasi menyelamat terbabit.

Azrel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.07 petang dan mengharungi perjalanan sejauh 66 kilometer dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tatau bersama empat pegawai, lima pegawai bomba bantuan, sebuah pacuan empat roda serta jentera LFRT Atego dan tiba di lokasi nahas sekitar jam 2.56 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati tiga mangsa tersepit dalam kereta dipercayai meninggal dunia,” katanya sambil menambah pihaknya dibantu orang awam mengeluarkan mangsa kemalangan dan operasi selesai pada jam 5 petang.

 Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit.

NGERI: Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit.

 Anggota bomba semasa melakukan tugas  menyelamat semalam.

NAHAS MAUT: Anggota bomba semasa melakukan tugas menyelamat semalam.

Advertisement