Anda di sini

Mayat terakhir tragedi bot panjang karam di Long Buyun dijumpai selepas 16 hari

Advertisement

BELAGA: Mayat mangsa terakhir tragedi bot panjang karam di Long Buyun di sini pada malam 22 Disember lepas dijumpai terapung oleh penduduk Rh Tanjong pada kira-kira jam 7 pagi tadi (Jan 7).

Mayat Sumitasen Thomas, 15, yang lemas bersama tiga lagi mangsa lain, kelihatan masih dalam keadaan sempurna.

Sumber daripada Balai Polis Belaga memberitahu mayat dijumpai di Sungai Jumalat, anak sungai Batang Belaga, kira-kira 25 kilometer daripada lokasi nahas.

Mereka yang lain turut terkorban ialah Adriana Rosnah, 12, Sahirza Mahir, 31, dan Nur Amirsha, 4.

Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Bomba dan Penyelamat, polis, RELA dan penduduk kampung cuma menemui tiga mangsa sejurus operasi dilancarkan.

Lima yang selamat – Liam Kelilit, 50, Bungan Nyaleng, 50, Agnes Liam, 33, Olivia Ploma Thomas, 8, dan Ayu, 4.

Difahamkan, tragedi malang itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Belaga ke Rh Tanjong untuk bercuti.

Lokasi kejadian dikatakan berhampiran dengan lokasi bot ekpres karam sebelum ini.

20160106215954 (2)

Mayat dijumpai terapung oleh penduduk Rh Tanjong pada kira-kira jam 7 pagi tadi (Jan 7).

20160106215954 (1)

Mayat terakhir tragedi bot panjang karam di Long Buyun dijumpai selepas 16 hari.

Advertisement