Anda di sini

FAME lancar dua program ijazah Britain daripada UoC

Advertisement
 Kampus UoC di Britain.

BERPRESTIJ: Kampus UoC di Britain.

KUCHING: Kolej Antarabangsa FAME (FAME) telah melancarkan dua program ijazah Britain daripada University of Cumbria (UoC) baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam kerjasama di antara FAME dan UoC telah dijalinkan melalui Memorandum Perjanjian (MoA) oleh kedua-dua belah pihak.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Kewangan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengurusan Perniagaan Antarabangsa akan mengikuti program kursus yang dilakukan di sini.

Pelajar FAME akan merasai pengalaman pembelajaran yang sama dengan sokongan daripada UoC di England.

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Kewangan menyediakan pelajar dengan pengetahuan pakar perakaunan dan kewangan bersama pengetahuan am fungsi perniagaan lain seperti pemasaran, sumber manusia dan pengurusan perniagaan kontemporari.

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengurusan Perniagaan Antarabangsa melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang luas untuk bekerja di peringkat tempatan, wilayah, negara dan merentasi sempadan antarabangsa.

Kedua-dua program tersebut diiktiraf dan diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

UoC adalah salah satu universiti Britain terbaharu tetapi mempunyai sejarah mendidik golongan profesional sejak 150 tahun lalu.

UoC telah ditubuh pada 2007 melalui penggabungan Cumbria Institute of Art, St Martin College dan Kampus Cumbrian daripada University of Central Lancashire.

Pada masa ini, universiti itu mempunyai kampus di Carlisle, Lancaster dan Ambleside.

Kursus Pengurusan Perniagaan UoC ini kedudukan 39 daripada 96 sekolah perniagaan (Jadual Liga Guardian 2016 yang diterbitkan pada 26 Mei 2015).

Berdasarkan destinasi daripada lepasan pengajian tinggi 2014, 93 peratus daripada graduan mendapat  pekerjaan atau melanjutkan pengajian enam bulan selepas tamat pengajian.

FAME telah ditubuhkan pada 1998. Ia menawarkan kursus-kursus akademik iaitu Sijil Pengajian Perniagaan, Asas Pengurusan, Diploma Perakaunan dan Kewangan, Diploma Pentadbiran Perniagaan, Diploma Sistem Maklumat Perniagaan dan Diploma Keusahawanan.

Di samping itu, ia juga menawarkan kursus-kursus profesional seperti Juruteknik Akauntan Bertauliah (CAT) dan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Untuk pengambilan Januari 2016 mereka, FAME kini menawarkan pelbagai pinjaman dan biasiswa kepada pelajar yang layak.

Bagi mereka yang berminat dalam program sarjana muda, pelajar yang menamatkan STPM atau peperiksaan UEC layak untuk memohon biasiswa merit dengan FAME.

Di samping itu, akan ada rebat yuran kursus sehingga RM1,000 serta pengecualian yuran pendaftaran.

Jumlah biasiswa yang akan diberi ialah RM100,000 untuk sesi 2016 ini.

Untuk biasiswa yang memerlukan kelayakan lebih khusus, sila rujuk perunding pendidikan FAME.

Maklumat lanjut tentang dua program ijazah sarjana muda ini boleh diperolehi daripada FAME dengan menghubungi talian 082-285777 atau melawat kampus FAME di Brighton Square, Jalan Song, Kuching.

Advertisement