Anda di sini

Nelayan terkejut dapat kerapu gergasi

Advertisement
 Orang ramai tidak melepas peluang bergambar bersama ikan kerapu gergasi di Tamu Limbang.

TARIK PERHATIAN: Orang ramai tidak melepas peluang bergambar bersama ikan kerapu gergasi di Tamu Limbang.

LIMBANG: Seorang nelayan dari Kampung Baru, Kuala Berawan menerima hadiah tahun baharu paling manis dalam hidupnya apabila berjaya menaikkan seekor ikan keratang (kerapu) gergasi seberat 75 kilogram di perairan negara malam kelmarin.

Nelayan terbabit Reduan Uteng, 37, berjaya menangkap ikan kerapu gergasi itu sekitar jam 9 malam sebaik memasang pukatnya sekitar jam 6.15 petang di perairan negara yang terletak sekitar 40 minit perjalanan dari rumahnya.

Menurut Reduan, ikan kerapu gergasi tersebut merupakan ikan  terbesar pernah ditangkapnya sejak bergelar nelayan seawal usia 18 tahun.

“Saya hanya sempat memanjat syukur sebaik melihat seekor ikan kerapu gergasi tersangkut di dalam pukat, sebaik melabuhkan pukat jam 6.15 petang,” katanya sambil menambah, terpaksa berhempas-pulas menaikkan ikan berkenaan ke dalam botnya.

Jelasnya, akibat saiz terlalu besar dan berat dia terpaksa meminta tolong nelayan lain yang berada di perairan sama untuk menaikkan kerapu itu ke dalam botnya.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang peniaga berbangsa Cina yang membelinya pada harga lebih RM3,000.

Advertisement