Anda di sini

BiFA adakan pemilihan pemain wanita wakili Bintulu

Advertisement

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan mengadakan pemilihan pemain- pemain wanita khusus untuk wanita luar bandar sejauh Sungai Asap pada 5 hingga 6 Februari depan untuk memilih wakil Bintulu ke Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Sarawak 2016 di Sematan dan Lundu.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merangkap Presiden BiFA Duke Janteng berkata, semua pemain yang dipilih akan melaporkan diri untuk menjalani latihan pusat di Bintulu di bawah bimbingan jurulatih, Mohd Hamid Ghani.

Selain itu katanya, BiFA juga akan menganjur Kejohanan Bola Sepak Wanita Terbuka Bintulu pada 22 dan 23 Januari ini di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Jepak.

“Kejohanan itu disertai oleh lapan pasukan termasuk dua pasukan dari luar, juga bertujuan untuk memilih pemainpemain yang akan mewakili Bintulu ke Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Sarawak 2016 Februari depan,” katanya.

 

Advertisement