Anda di sini

Program amal bantu kurang kos musim sekolah

Advertisement
 Dr Annuar (tengah) melakukan simbolik memotong rambut salah seorang murid sekolah sambil diperhatikan oleh Julaihi (kiri) dan yang lain.

SIMBOLIK: Dr Annuar (tengah) melakukan simbolik memotong rambut salah seorang murid sekolah sambil diperhatikan oleh Julaihi (kiri) dan yang lain.

50 murid sekolah pelbagai peringkat umur dapat manfaat daripada program anjuran PBB Nangka

Oleh Borhaniza Ali Basah //

SIBU: Program Ceria Kembali ke Sekolah ‘Gunting Rambut’ (untuk pelajar lelaki) percuma anjuran Pergerakan Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Nangka membantu ibu bapa kurangkan kos perbelanjaan musim persekolahan.

Seramai 50 orang murid-murid sekolah pelbagai peringkat umur mendaftar gunting rambut percuma pada program di Dewan Melayu Melanau Bersatu (MMB) di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee hadir pada program itu berkata tujuan utama untuk membantu ibu bapa di sini mengurangkan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka walaupun dilihat sumbangan kecil sahaja.

“Walaupun program ini kecil sahaja, tetapi saya percaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa berpendapatan rendah.

“Ia juga satu program amal yang sangat baik, ibu bapa hanya perlu bawa anak mereka ke sini tanpa perlu pergi ke pasar menyebabkan mereka menanggung kos-kos lain seperti pengangkutan selain bayaran gunting rambut,” katanya ketika ditemui sambil menambah kawasan Dewan MMB adalah fleksibel untuk program berkenaan.

Di samping itu, program tersebut merupakan sebahagian aktiviti tahunan Pergerakan Pemuda PBB DUN Nangka.

Sementara itu, kerja menggunting rambut dikendalikan beberapa tukang gunting mahir daripada MP Hair Saloon di Wisma Sanyan.

Terdahulu itu, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda PBB Nangka Awang Julaihi Awang Ali Bohan berkata, program itu bermula jam 9.30 pagi hingga 2 petang, dilanjutkan sekiranya sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Program ini merupakan kali kedua diadakan selepas program pertama diadakan di Pejabat PBB Pelawan, Jalan Bandong pada tahun lalu (2015) semasa cuti sekolah.

“Kita mensasarkan kira-kira 100 orang murid-murid mengikut pendaftaran pagi sahaja lebih 50 orang pelajar mendaftar dengan 35 orang daripadanya adalah murid-murid Kompleks PERYATIM Sibu yang kita bawa khas. Manakala, selebihnya kita terbuka untuk awam,” katanya.

Advertisement