Anda di sini

Bintulu tidak pandang rendah keupayaan lawan

Advertisement

BINTULU: Penduduk Bintulu dipelawa menyaksikan perlawanan antara skuad Bintulu dan Mukah dijangka sengit bermula jam 3.30 petang ini (Sabtu) pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat 2015-2016 Zon Borneo 2 di Padang Turf Dewan Suarah.

Kehadiran ramai dan sokongan padu penduduk akan memeriahkan perlawanan kedua-dua pasukan terbabit yang mana Bintulu kini mendahului kumpulan B dengan mengumpul 12 mata di hadapan Miri.

Ketua jurulatih Bintulu, Mohd Farhan Abdullah @ Anai Igang berkata, persiapan Bintulu seperti biasa untuk berdepan Mukah hari ini.

“Saya berharap barisan pemain Bintulu mengambil kesempatan ini sekali gus tidak melepaskan peluang dengan melakukan yang terbaik bermain di tempat sendiri untuk mengutip tiga mata penuh,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, bermain di padang tiruan dan kelajuan bola adalah berbeza justeru itu barisan pemain Bintulu tidak harus memandang rendah keupayaan lawan mereka.

“Dalam perlawanan pertama berdepan Mukah sebelum ini di Padang MDDM Mukah, kami terikat 0-0. Harapan saya semua pemain akan mengambil peluang bermain dengan baik dalam perlawanan ini,” katanya.

Mohd Farhan turut berharap keputusan akan menyebelahi pasukannya dalam perlawanan kedua menentang Mukah ini dan kegemilangan pasukan Bintulu dapat dikembalikan sekali lagi.

Aksi dalam kumpulan yang sama hari ini membabitkan skuad bimbingan, Mohd Hakimi Man iaitu Miri berdepan Limbang di Kompleks Sukan Limbang.

 

Advertisement