Anda di sini

50 kanak-kanak sertai Program Jom Berkhatan di Sri Aman

Advertisement

SRI AMAN: Lembaga Amanah Masjid Lama Kampung Tengah Sri Aman, Pertubuhan Iban Muslim (IBG) dan Hospital Besar Sri Aman menganjurkan Program Jom Berkhatan di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Kampung Tengah di sini kelmarin.

Jurucakap pengelola memberitahu, program itu memberi pendedahan kepada kanak-kanak pentingnya menjaga kesihatan melalui amalan berkhatan selain memupuk jalinan mesra kalangan mereka.

Menurutnya, program itu melibatkan seramai 50 orang kanak-kanak dan sembilan daripadanya adalah dari Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol di sini.

Katanya, program itu akan dijadikan sebagai acara tahunan bermula tahun ini.

 

Advertisement