Anda di sini

Operas cari, selamat mangsa bot karam dihenti

Advertisement
 Suasana rumah mayat ketika saudara mangsa menuntut mayat mendiang Andrina semalam.

MALANG: Suasana rumah mayat ketika saudara mangsa menuntut mayat mendiang Andrina semalam.

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot panjang karam di Long Buyun dekat Belaga dihentikan jam 2 petang semalam.

Mangsa yang masih hilang ialah Sumitasen Thomas, 15 tahun.

Semua agensi terlibat dalam operasi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dijadualkan pulang ke stesen masing-masing.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga bagaimanapun masih meneruskan siasatan dan kehilangan mangsa diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Sementara itu, bedah siasat ke atas tiga mangsa selesai dilakukan.

Dua mangsa, Sahirza Mahir, 31, dan Nur Amirsha, 4, berasal dari Sepitang, Sabah dituntut sepupu mereka dan dihantar pulang esok melalui udara.

Manakala mendiang Andrina dibawa pulang ke rumahnya di Rumah Tanjong petang semalam dan dikembumikan di Tanah Perkuburan Kristian Uma Tanjong, Long Pawah, Belaga.

Dalam kejadian jam 7 malam, 22 Disember lalu, sebuah bot panjang dinaiki sembilan orang, seorang lelaki dan lapan wanita dalam perjalanan dari pekan Belaga ke Rumah Tanjung di Long Pawah karam berhampiran Long Buyun.

Lima mangsa, seorang lelaki dan empat wanita terselamat bagaimanapun empat mangsa wanita hilang dalam kejadian itu.

Advertisement