Anda di sini

Lebih 1,000 kunjungi majlis rumah terbuka Krismas Francis Harden

Advertisement

// Oleh Kelvin Lambai //

 Harden (duduk, enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau baru-baru ini.

KENANGAN: Harden (duduk, enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau baru-baru ini.

LEBIH 1,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Krismas Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Datuk Francis Harden Hollis di kediamannya di Jalan Tini, Sri Aman baru-baru ini.

Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu bukan sahaja dihadiri oleh sanak saudara dari kaum Iban malahan turut dihadiri oleh sahabat handai dari kaum Melayu dan Cina.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka berkenaan ialah Temenggung Sii Toh Peng, Datuk Tan Chong Meng, Penasihat Pemuda Parti SUPP Simanggang Patrick Micheal Dian, ketua-ketua jabatan kerajaan, ketua-ketua masyarakat serta pemimpinpemimpin SUPP yang lain.

Pada majlis berkenaan, Harden turut menyampaikan geran kerajaan berjumlah RM250,000 kepada 64 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebuah Tabika Methodist di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Sementara itu, seramai tiga orang ketua masyarakat Melayu di DUN Simanggang turut menerima sijil lanjutan sebagai ketua masyarakat daripada Harden.

Advertisement