Anda di sini

Wanita melecur, perkakas dapur rumahnya terbakar

Advertisement

SARIKEI: Seorang wanita melecur di tangan, kaki dan sisi badan apabila perkakas dapur rumahnya terbakar dalam kebakaran di Jalan Puyuh dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.10 pagi melibatkan kebakaran perkakas dapur.

“Bomba menerima panggilan kecemasan jam 11.13 pagi dan tiba di lokasi kejadian jam 11.26 pagi.

“Ketika tiba di lokasi, kami mendapati perkakas dapur rumah mangsa terbakar dan menggunakan kemudahan aliran hos bomba untuk memadam kebaran.

“Api berjaya dikawal jam 11.30 pagi dan padam sepenuhnya jam 11.45 pagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mangsa melecur dihantar jirannya ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suna berkata punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa masih dalam siasatan.

 

Advertisement