Anda di sini

Pemilik NCR terlibat usaha sama dieksploitasi

Advertisement

Oleh Patricia Gari//

 

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata wujud eksploitasi ke atas pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini yang terlibat dalam projek usaha sama dengan agensi-agensi kerajaan negeri.

Menurutnya sehingga 30 September 2015, 79,565 hektar (196,602 ekar) melibatkan 13,952 pemilik tanah dan hanya RM178.5 juta manfaat kewangan diagihkan kepada pemilik tanah.

“Hari ini (semalam) saya menerima jawapan bertulis kepada soalan DUN (Dewan Undangan Negeri) mengenai projek JV (kerjasama) pemilik tanah NCR dengan agensi-agensi kerajaan se-perti SALCRA, PELITA dan sebagainya sejak 1994.

“Dengan purata tempoh 10 tahun, pulangan RM178.5 juta bagi 196,602 ekar ditanam dengan tanaman, bermakna pulangan untuk pemilik tanah yang terlibat dalam skim usaha sama dengan agensi kerajaan hanya RM907.92 pulangan bagi satu ekar untuk tempoh 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Tambahnya lagi, secara purata, pemilik tanah NCR hanya menerima RM90.79 setahun bagi setiap satu ekar atau RM7.56 sebulan bagi satu ekar tanah mereka ditanam dengan kelapa sawit di bawah skim tersebut.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, berkata bagi penanaman kelapa sawit, semasa pasaran dan ekonomi global dalam situasi baik, harga tandan buah segar (FFB) adalah sekitar RM800 per tan metrik .

Bermakna katanya, keuntungan bagi satu ekar, setiap bulan ialah hampir RM600 setiap satu tan.

Malah ketika keadaan pasa-ran kurang memberangsangkan, harga FFB sekitar RM400 bagi satu tan metrik dan kos pengeluaran me-ningkat ketara, perladangan kelapa sawit masih mampu memperoleh keuntungan RM150 untuk setiap satu ekar sebulan.

“Namun pemilik tanah NCR yang terlibat dalam projek JV ini hanya dibayar RM7.56 setiap satu ekar sebulan, jumlah yang sungguh tidak munasabah.

“Mereka boleh mendapat pulangan lebih baik dengan hanya menanam kentang atau mengumpul hasil hutan di tanah sendiri untuk dijual di pasar daripada terlibat dalam projek JV seperti ini dengan agensi-agensi kerajaan ne-geri,” ujarnya.

Justeru katanya, menteri-menteri berkenaan mesti bertanggungjawabkan kepada pemilik tanah NCR atau peserta projek usaha sama itu.

“Siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada skim ini? Kontraktor, (syarikat) pengangkutan atau pembekal yang menyeleweng keuntungan daripada skim ini.

“Siapa kontraktor, (syarikat) pengangkutan dan pembekal tersebut? Mereka ada kaitan dengan menteri-menteri yang bertanggungjawab,” dakwa ADUN Kota Sentosa itu.

 

 

Advertisement