Anda di sini

Langan nafi sokong calon SPDP Kilat Beriak

Advertisement

SARATOK: Seorang ke-tua rumah panjang di sini menolak dakwaan yang beliau menyokong calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Krian, Kilat Beriak.

Tuai Rumah Langan Lim-ping yang juga pengerusi Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Unit Ulu Sebetan berkata beliau tidak pernah menyatakan sokongan kepada Kilat tetapi kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau menjelaskan perkara itu ketika diminta berucap pada satu program bersama rakyat yang diadakan SPDP di rumah panjangnya, beliau tidak menyebut menyokong Kilat tetapi ingin membantu BN merampas Krian daripada pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, ramai penduduk di Krian sekarang sudah berubah hati kerana tiada peningkatan ketara dalam pembangunan yang dibawa oleh PKR.

Langan berkata beliau percaya hanya kerajaan BN yang dapat membawa per-ubahan dan beliau yakin BN masih dapat menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menerusi satu kenyataan semalam, Langan menegaskan beliau menolak sekeras-kerasnya laporan berita yang diterbitkan pada 27 Disember lalu yang menggambarkan beliau menyokong SPDP atau Kilat.

“Sebagai pengerusi TERAS Unit Ulu Sebetan, sudah tentulah saya menyokong calon TERAS,” katanya.

TERAS dan SPDP sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan BN Sarawak bagi meletakkan calon masing-masing di Krian pada PRN akan datang.

SPDP mencalonkan Kilat, seorang peguam dan timbalan presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak (DCCI).

TERAS belum lagi meng-umumkan calon rasmi mereka tetapi pergerakan pada peringkat akar umbi membayangkan abang Kilat, Banyie sedang bergerak paling aktif antara beberapa ahli parti lain.

Banyie bukan sahaja ketua TERAS Bahagian Krian tetapi juga timbalan setia-usaha agung TERAS dan setiausaha eksekutif di ibu pejabat parti.

Ali Biju daripada PKR adalah penyandang kerusi Krian selepas menewaskan calon BN Datuk Peter Nyarok Entrie pada PRN 2011.

 

 

Advertisement