Anda di sini

Adam Szabo ketua jurulatih baharu TSG

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) mengesahkan bekas jurulatih pasukan junior kebangsaan Slovakia, Adam Szabo dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi memantapkan pasukan itu pada musim hadapan.

Ketua Pegawai Eks ekut i fnya Ahma d Farhan Abdul Wahab berkata kedua-dua pihak telah menandatangani kontrak perjanjian selama setahun dan akan diperbaharui bergantung kepada keadaan semasa.

“Semalam (kelmarin) kami mengikat kontrak bersama Adam. Perjanjian tersebut dicapai selepas pengurusan tertinggi TSG berpuas hati dengan corak dan prestasi latihan jurulatih berumur 25 tahun itu,” katanya kepada Bernama semalam.

Sebelum ini, pasukan TSG dilatih Sabastian Duclos daripada Itali tetapi jurulatih tersebut telah meletakkan jawatan.

Ahmad Farhan berkata Adam dijangka memulakan tugasnya awal tahun depan dalam kem latihan selama dua minggu di Chiang Mai, Thailand bagi persiapan TSG menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 24 Feb, selain bagi mengenali lebih dekat pelumbapelumba TSG.

Katanya badan induk Lumba Basikal Ant a r abangs a UCI (Union Cycling International) telah memperkenal dan mengesyorkan Adam kepada TSG. — Bernama

Advertisement