Anda di sini

Pemain Itali cuba ‘pikat’ Rajagobal

Advertisement
 Davide (kanan) menunjukkan kesungguhan ketika menjalani ujian semalam.

CUBA NASIB: Davide (kanan) menunjukkan kesungguhan ketika menjalani ujian semalam.

KUCHING: Pemain pertahanan dari Itali, Davide Grassi mencuba nasib bersama Sarawak dalam usaha merebut slot posisi pertahanan import skuad Ngap Sayot musim depan.

Davide tiba semalam dan terus menjalani ujian di Stadium Padang C.

“Beliau (Davide) datang untuk mencuba nasib bersama Sarawak,” menurut agen pemain itu semalam.

Davide, 29, bermain di posisi bek tengah bersama kelab Romania, Rapid Bucureti pada 2015.

Beliau banyak menghabiskan karier beraksi dalam Liga Jerman dan Scotland sebelum ini.

Seorang lagi pemain dari Liberia yang sepatutnya turut menjalani ujian semalam bagaimanapun tidak hadir.

Kehadiran Davide menguatkan spekulasi Sarawak melengkapkan kuota empat pemain import dengan seorang lagi slot pemain import bakal diisi Ronald Hikspoors.

Sarawak sebelumnya mengikat dua pemain import iaitu Makeche Ndumba (Australia) dan Gilmar Jose Da Silva Filho (Brazil).

Ini termasuk empat pemain import tempatan iaitu Shahrul Azwari Ibrahim, 23, (penyerang), Mohd Shahril Sa’ari, 25 (penjaga gol), Mohd Akmal Mohd Noor, 26 (tengah) dan Gurusamy Kandasamy, 26, (tengah).

Skuad Sarawak meningkatkan latihan di bawah kendalian jurulatih baharu, Datuk K Rajagobal sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Super 2016 yang akan bermula pada 13 Februari depan.

Advertisement