Anda di sini

Penggunaan, penjualan vape bukan isu besar bagi Sarawak

Advertisement

KUCHING: Kerajaan tiada cadangan untuk mengharamkan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini buat masa ini.

Ini kerana menurut Men-teri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais, penggunaan dan penjualan vape bukan isu besar bagi negeri ini.

“Buat masa ini kerajaan negeri tidak bercadang atau berhasrat untuk mengharam-kan penggunaan dan pen-jualan vape.

“Tetapi jika penggunaan dan penjualan vape membawa impak negatif kepada masyarakat maka kerajaan perlu mempertimbangkan pengharamannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Kempen Jualan Kembali Ke Sekolah di pusat beli belah Boulevard di sini, semalam.

Sementara itu Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata dari sudut perubatan penggunaan vape lebih banyak mendatangkan keburukan.

Ini kerana kandungan di dalam cecair berperisa yang digunakan dalam vape ini boleh mengakibatkan kemudaratan dalam tubuh.

Sebab itu, Pengarah Ke-sihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan berpendapat bahawa pengharaman penggunaan vape adalah wajar di Sarawak.

Setakat ini Johor menjadi negeri pertama yang mengharamkan vape berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Tindakan yang sama turut diambil oleh Kelantan yang memberi notis 14 hari kepada pemilik perniagaan vape mengosongkan premis masing-masing.

Terbaharu, Dewan Banda-raya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengumumkan untuk mengikut langkah yang sama dengan tidak lagi mengeluar-kan lesen kepada peniaga vape.

 

 

Advertisement