Anda di sini

Lelaki cedera parah selepas dua motosikal bertembung

Advertisement
 JPAM memberi rawatan awal kepada mangsa.

RAWATAN: JPAM memberi rawatan awal kepada mangsa.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 50 tahun cedera parah di kepala dalam satu kemalangan di Kampung Tanjung di Singai, dekat sini.

Dalam insiden sekitar jam 8 malam Ahad itu, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 23 tahun, mengakibatkan mangsa cedera di tulang lutut.

Kedua-dua mangsa yang merupakan penduduk kampung itu dikejarkan ke Hospital Bau untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi menerima rawatan lanjut.

Mangsa yang cedera parah di kepala tiba di HUS sekitar tengah malam manakala mangsa berusia 23 tahun tiba di HUS sekitar jam 3 pagi.

Dalam kes berasingan, seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun cedera di pergelangan kaki kiri apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Kenyalang di sini, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Mangsa menerima rawatan awal daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum dihantar ke HUS.

Punca kemalangan bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

 

Advertisement