Anda di sini

UFFC julang Piala Abang Johari

Advertisement
 Pasukan UFFC meraikan detik kejuaraan bersama pengurus pasukan, Eswandy (kanan) setelah dinobat juara kejohanan futsal bagi kategori terbuka di Kuching semalam.

RAI KEJUARAAN: Pasukan UFFC meraikan detik kejuaraan bersama pengurus pasukan, Eswandy (kanan) setelah dinobat juara kejohanan futsal bagi kategori terbuka di Kuching semalam.

KUCHING: United Four FC (UFFC) muncul juara Kejohanan Futsal Piala Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg setelah menewaskan Kanoli PG dengan 2-1 pada aksi final di Padang Slpas di sini semalam.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan UFFC membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai berjumlah RM1,000.

Pengurus Pasukan UFFC, Eswandy Hinri gembira dengan keputusan perlawanan akhir yang melayakkan pasukannya merangkul gelaran juara.

“Kita amat gembira selepas berjaya merampas kejuaraan buat pertama kali sejak kejohanan itu dimulakan pada 2010.

“Sasaran kita selepas ini ialah untuk mempertahankan kejuaraan edisi akan datang,” katanya ditemui selepas perlawanan akhir semalam.

Menurut Eswandy, perancangan masa depan untuk terus membangunkan pasukan UFFC bagi menghadapi kejohanan musim depan.

Sementara itu, skuad gandingan pemain Kanoli mengungguli kategori Bawah 16 Tahun dan Bawah 12 Tahun apabila muncul juara kedua-dua kategori itu.

Kanoli Jr menewaskan Kakuba FC dengan kemenangan besar 6-0 bagi saingan kategori Bawah 12 Tahun.

Manakala skuad bawah 16 tahun menyaksikan Kanoli menang 2-0 ke atas UFFC sekali gus mendominasi pentas akhir kategori itu.

Advertisement